• Remaja 18 tahun cabul 50 kanak-kanak

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    CALIFORNIA: Seorang remaja yang dituduh mencabul dua kanak-kanak lelaki, akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu terhadap lebih 50 kanak-kanak sejak lapan tahun lalu.

    Joseph Hayden Boston, 18, ditahan Sabtu lalu apabila dibawa ibunya ke balai polis selepas remaja itu memaklumkan beliau mencabul dua kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dan 8 tahun di sebuah motel di Riverside, di sini, beberapa jam sebelum itu.

    Jabatan Polis Riverside dalam satu kenyataan berkata, suspek menetap di motel itu dan menjalinkan persahabatan dengan kedua-dua mangsa yang turut menetap di premis berkenaan bersama ibu bapa mereka.

    Jurucakap polis, Ryan Railsback, dalam satu kenyataan berkata, Boston menghubungi ibunya dan menceritakan mengenai kejadian itu sejurus selepas melakukan perbuatan terbabit.

    "Suspek disoal siasat pegawai bertugas dan mengaku melakukan serangan seksual ke atas mangsa di dalam biliknya.

    "Dia turut mengaku mencabul lebih 50 kanak-kanak lelaki lain sejak berusia 10 tahun di bandar berbeza yang didiaminya selama ini," katanya.

    Kedua-dua mangsa kini berada dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Riverside.

    Boston didakwa dengan dua pertuduhan melakukan seks oral ke atas kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun dan dihantar ke penjara daerah dengan jaminan sebanyak AS$ 1 juta (RM4.09 juta). - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja 18 tahun cabul 50 kanak-kanak "