• Remaja 16 tahun edar dadah RM600,000 .

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    REMAJA berusia 16 tahun antara empat lelaki ditahan pada serbuan yang turut membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM600,000 di Rompin, 8.50 pagi kelmarin.

    Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di depan sebuah restoran di bandar berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, empat suspek ditahan ketika keluar daripada Honda City dan Kia Forte.

    “Pemeriksaan di tempat duduk belakang Honda City menemui 15 bungkus plastik dadah jenis heroin. Kami turut menemui sampul surat mengandungi 20 paket Eramin 5.

    “Kami menggeledah Kia Forte dan menemui beg galas mengandungi syabu disimpan dalam dua sampul surat dalam beg itu,” katanya pada sidang media di IPD Rompin, hari ini.

    Azli berkata, siasatan awal mendapati, suspek dalam proses menjual dadah berkenaan sebelum ditahan.

    Katanya, dadah terbabit diperoleh di Kuala Lumpur untuk pasaran Rompin.

    “Kami juga merampas wang RM5,220 serta telefon bimbit. Siasatan mendapati, remaja yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah.

    “Kesemua suspek direman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja 16 tahun edar dadah RM600,000 . "