• RCI Forex: Dr M Fail Saman Pemula

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an, adalah tidak sah.

    Dr Mahathir yang bertindak selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri.

    Dalam saman pemula itu, Dr Mahathir menamakan panel Suruhanya Siasatan iaitu Pengerusinya Tan Sri Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan selaku defendan.

    Turut dinamakan sebagai defendan ialah Setiausaha Suruhanjaya Siasatan, iaitu Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; menteri Kabinet; dan Kerajaan Malaysia.

    Melalui saman pemula itu, Dr Mahathir menuntut perisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan bertarikh 13 Oktober lalu adalah tidak sah, terbatal dan tidak lengkap serta tidak terpakai berikutan kegagalan dan kecuaian panel Suruhanjaya Siasatan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " RCI Forex: Dr M Fail Saman Pemula "