• Razaili Menang Tanpa Bertanding Ketua Cawangan PBB Beting Maro

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+

    BELADIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N29 Beting Maro bagi sesi 2017-2020 pada mesyuarat perwakilan parti itu di sini hari ini.

    Razaili yang berucap dihadapan kira-kira 200 ahli PBB pada majlis tersebut berharap agar Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang dipilih dapat melaksanakan tugas dengan amanah serta bekerjasama untuk membangunkan kawasan Beting Maro

    Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Seri Hajah Rohani Abdul Karim, Datuk Bolhassan Bin Haji Di, Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek dan Penasihat Undang-Undang PBB Dato Abang Behmee Awang Ali Basah. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Razaili Menang Tanpa Bertanding Ketua Cawangan PBB Beting Maro "