• Rancangan Bunuh PM Britain Gagal

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    LONDON: Rancangan membunuh Perdana Menteri Britain, Theresa May dengan memasang bahan letupan di kediaman rasminya di Downing Street berjaya digagalkan.

    Laporan stesen televisyen Sky News semalam memaklumkan, pihak polis percaya pihak terbabit merancang melancarkan bahan letupan itu dan mencetuskan huru hara untuk membunuh May.

    Menurut laporan tersebut, rancangan itu telah diintip sejak beberapa minggu lalu oleh Scotland Yard, M15 dan Polis West Midlands.

    Semalam, jurucakap May memberitahu, Britain telah berjaya mematahkan sembilan rancangan sama sejak 12 bulan lalu.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Rancangan Bunuh PM Britain Gagal "