• Rakyat Perlu Lebih Peka Aspek Kesihatan Diri

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    BETONG: Kerajaan amat menggalakkan rakyat tanpa mengira usia untuk sentiasa aktif bersukan, bersenam dan beriadah bagi memastikan tubuh sentiasa sihat, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohd Razi Sitam.

    Menurut beliau, sekiranya rakyat tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan, sudah pasti kita mudah diserang pelbagai penyakit.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Razi memberitahu bahawa menurut statistik yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai golongan muda diserang penyakit sehingga meragut nyawa.

    "Penyakit tersebut kebanyakannya penyakit pembunuh nombor satu negara iaitu serangan jantung, darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang dan pelbagai lagi," katanya.

    Jelas beliau, ramai golongan muda kita yang baharu berusia 30-an sudah menghidap penyakit seperti ini yang kesemua penyakit tersebut adalah hasil daripada pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup tidak sihat.

    "Oleh yang demikian, kita harus menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa untuk  memastikan kita sentiasa sihat dan tidak diserang penyakit.

    "Mencegah lebih baik daripada merawat," tambahnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Rakyat Perlu Lebih Peka Aspek Kesihatan Diri "