• Rabies Masih Belum Berakhir, Penduduk Diminta Berhati-hati

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Rakyat Sarawak diminta mengambil langkah berjaga- jaga untuk mengelakkan diri daripada digigit anjing memandangkan wabak rabies di negeri ini masih berada dalam pemantauan.

    Orang ramai juga dinasihati membasuh luka mereka dengan segera sekiranya digigit anjing sebelum mendapat rawatan lanjut di klinik ataupun hospital.

    Memetik laporan The Borneo Post, pihak Jabatan Kesihatan Negeri mendedahkan statistik mangsa gigitan anjing meningkat terutamanya di kawasan Kuching, Matang dan Batu Kawa walaupun sudah enam bulan sejak ia bermula.

    Matang dan Batu Kawa juga diisytiharkan sebagai kawasan yang terkena rabies oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

    Kenyataan itu juga mendedahkan bahawa lima kes (empat orang dewasa dan remaja) gigitan anjing berlaku di Lorong Sungai Tengah, Jalan Stephen Yong, Sungai Apong, Taman Perindustrian Genesis Light, jalan Batu Kawa / Matang antara 19 dan 21 Dis.

    Kes terbaru yang melibatkan seorang remaja berlaku di Jalan Wan Alwi.

    Sementada itu, jumlah kes gigit anjing di kawasan Kuching adalah seperti berikut (1 Julai hingga 26 Disember): Batu Kawa-Jalan Stephen Yong / Batu Kawa-Matang (221), Matang-Gita (167), Tabuan (185), Penrissen- Kuching-Serian-Puncak Borneo (143), dan Kota Sentosa-Batu Kitang (127). - Sarawakiana
  • No Comment to " Rabies Masih Belum Berakhir, Penduduk Diminta Berhati-hati "