• Putin, Trump Bincang Isu Nuklear

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam menghubungi rakan sejawatannya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi membincangkan krisis program nuklear Korea Utara, kata Kremlin.

    Katanya, kedua-dua pemimpin berkenaan membincangkan situasi beberapa zon krisis dengan memfokuskan penyelesaian terhadap isu nuklear di semenanjung Korea.

    Minggu ini, Washington berkata pihaknya bersedia berbincang dengan Korea Utara yang sejak kebelakangan ini melancarkan beberapa peluru berpandu balistik antara benua.

    Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkata, sementara pentadbiran Trump memaksa Pyongyang menghentikan program senjata nuklearnya, pihaknya bersedia 'mengadakan mesyuarat pertama tanpa prasyarat'.

    Putin ketika dalam sidang media tahunannya dengan dihadiri beratus wartawan di Moscow, semalam mengalu-alukan 'kesedaran mengenai realiti' AS terhadap krisis itu.

    Bagaimanapun, beliau menggesa semua pihak 'berhenti mengeruhkan keadaan' dan berkata Moscow tidak mengiktiraf Korea Utara sebagai kuasa nuklear. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Putin, Trump Bincang Isu Nuklear "