• Puteri UMNO Lapor Polis Bekas Ahli Fitnah Bersekedudukan

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    Puteri UMNO membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di ibu negara, hari ini susulan satu kenyataan berbaur fitnah yang dipercayai dibuat bekas ahli pergerakan sayap itu.

    Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah, berkata dakwaan yang dibuat itu jelas berbentuk fitnah bertujuan untuk merosakkan imej parti.

    Laporan itu dibuat supaya tindakan tegas diambil memandangkan ini bukan kali pertama individu terbabit mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

    “Kita akan tunggu siasatan pihak polis, jika ada alasan yang kukuh, kita tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.

    Menurut Haryaty, tidak berlaku insiden seperti yang didakwa itu kononnya ramai pasangan berkhalwat dan bersekedudukan dalam satu bilik sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan.

    “Saya sendiri tidak tahu di mana dia dapat idea untuk membuat kenyataan seperti itu.

    “Malah, dia hanya pernah sekali sahaja menghadiri perhimpunan, iaitu pada tahun 2015.

    “Ia satu kenyataan yang amat melampau, yang memberi persepsi negatif seterusnya menjejaskan kepercayaan rakyat, khususnya keluarga ahli parti yang terbabit dalam perhimpunan,” katanya selepas membuat laporan polis tersebut.

    Isnin lalu, bekas ahli pergerakan Puteri UMNO itu menerusi satu portal berita bukan sahaja mendakwa ramai pasangan berkhalwat dan bersekedudukan sepanjang PAU malah turut menggesa jabatan agama menjalankan operasi cegah maksiat besar-besaran di hotel sekitar ibu kota.

    Katanya, gesaan itu dibuat kerana beliau tidak mahu lagi bersubahat selepas 17 tahun melihat perkara berkenaan. - BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Puteri UMNO Lapor Polis Bekas Ahli Fitnah Bersekedudukan "