• Putera Mahkota Arab Saudi Miliki Istana RM1.2b

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+


    NEW YORK - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang melancarkan kempen antirasuah besar-besaran di Riyadh didakwa membeli istana termahal di dunia.

    The New York Times melaporkan hartanah mewah di barat Paris berkeluasan 23 hektar bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) itu turut dilengkapi panggung wayang, hiasan dalaman dihiasi warna keemasan dan lukisan fresco pada siling, air pancut boleh dikawal melalui iPhone dan ruang air bawah tanah yang telus supaya para pengunjung dapat menikmati pemandangan kolam ikan koi.

    "Penasihat keluarga diraja Saudi telah mengesahkan Mohammed sebagai pemilik Chateau Louis XIV tersebut selepas ia dijual kepada pembeli misteri pada 2015," menurut laporan The Times, Sabtu lalu.

    Difahamkan, pegawai kerajaan enggan beri sebarang ulasan tentang perkara itu yang didedahkan laman penyiasat Perancis, Medipart, Julai lalu.

    Dari bahagian luar, ia kelihatan seperti istana abad ke-17 yang terletak di Versailles, namun pengubahsuaian menjadi fasiliti moden dilakukan pemaju Saudi.

    Mohammed yang disebut bakal menaiki takhta menggantikan bapanya, Salman Abdul Aziz juga dipercayai individu yang membeli lukisan Salvator Mundi dihasilkan Leonardo Da Vinci bernilai AS$450 juta (RM1.8 bilion) pada awal bulan lalu. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Putera Mahkota Arab Saudi Miliki Istana RM1.2b "