• PRU14: Beri Sokongan Padu Kepada Alexander

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung bila-bila masa terus menjadi topik hangat dalam perbualan bukan sahaja di media sosial tetapi juga di kedai kopi.

    Rata-rata masyarakat bercakap mengenai calon dan jangkaan tarikh berlangsungnya pilihan raya tersebut.

    Beberapa wakil rakyat peringkat negeri turut meraih undi daripada masyarakat untuk terus menyokong penyandang kerusi dan calon yang akan diketengahkan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat turut tidak terkecuali menasihati penduduk supaya terus menyokong Datuk Alexander Nanta Linggi yang merupakan Ahli Parlimen Kapit.

    Menurutnya, sokongan padu kepada Alexander penting untuk memastikan perkhidmatan berkualiti terus diberikan kepada rakyat dan meneruskan rancangan pembangunan.

    Mengambil contoh Rumah Johnny Undi di Jalan Bukit Goram, beliau menjelaskan, rumah panjang tersebut telah mengecapi kemajuan dalam aspek pembangunan sejak beberapa tahun lepas.

    Malah menurutnya, penduduk rumah panjang tersebut turut menikmati bekalan elektrik 24 jam dan air.

    "Kepada semua pengundi di Jalan Bukit Goram, Sungai Kapit dan Jalan Ulu Sungai Yong, terima kasih kerana mengundi saya pada pilihan raya negeri lepas.

    "Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik dan berkhidmat kepada semua sepanjang tempoh menjadi ADUN," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Beri Sokongan Padu Kepada Alexander "