• Projek Pan Borneo, Manifesto Kerajaan Persekutuan Buat Rakyat Sarawak

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Pengumuman pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo pada 6 April 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena pelancaran manifesto Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) merupakan projek kejuruteraan terbesar yang bakal merubah landskap infrastruktur negeri Sarawak dan Sabah.

    Lebuhraya tanpa tol yang bernilai RM27 bilion merangkumi jarak sepanjang 2,239 kilometer itu dari Tanjung Datu dan berakhir di Tawau akan menghubungkan 3.74 juta penduduk di Sabah dan Sarawak serta menyediakan 400,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

    Dibina dengan standard JKR R5, lebuhraya Pan Borneo akan menyajikan perjalanan yang efisyen, selesa dan selamat kerana menyediakan dua lorong sehala buat pengguna jalan raya.

    Lantikan kontraktor bagi projek pembinaan lebuhraya Pan Borneo pula menggunakan kaedah Perjanjian Rakan Penyampai Projek (PDP) bagi memastikan hanya kontraktor yang benar-benar layak dan berkemampuan dilantik bagi memastikan kelancaran serta dapat disiapkan mengikut jadual.

    Kontrak yang menggunakan kaedah PDP diguna pakai bagi mengelakkan kesilapan lampau dari berulang seperti mana yang telah berlaku pada projek pembinaan empangan hidro elektrik Bakun.

    31 Mac 2015 merupakan sejarah permulaan pembinaan PAN Borneo dimana pakej pertama projek Pan Borneo dilancarkan oleh perdana menteri di Simpang Nyabau dan berakhir di Simpang Bakun, di Bintulu.

    Sehingga kini, sembilan daripada 12 pakej pembinaan di Sarawak mendahului jadual pembinaan yang telah ditetapkan.

    Pembinaan lebuh raya PAN Borneo turut menghapuskan propaganda laungan pembangkang yang seringkali melabel pihak kerajaan mengambil tanah tanpa pampasan.

    Subjects:

  • No Comment to " Projek Pan Borneo, Manifesto Kerajaan Persekutuan Buat Rakyat Sarawak "