• Produk Tamat Tempoh Dijual Di Pasar Raya Besar, Kedai Coklat Di Labuan

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    LABUAN: Sebuah pasar raya besar dan kedai coklat di sini didapati masih menjual 65 produk yang telah tamat tempoh dan kemek bernilai RM1,040 hasil pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan pada Rabu.

    35 coklat bernilai RM780 dan 25 produk tenusu dan buah-buahan dalam tin bernilai RM251 dirampas dari dua premis dalam operasi bersama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, cawangan Labuan dan Perbadanan Labuan.

    Dalam operasi itu melibatkan lebih 30 anggota yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, produk tertentu juga didapati dijual tanpa tarikh luput.

    Dr Ismuni berkata jabatan akan menjalankan operasi bulanan untuk menjaga kualiti produk pengguna dan setiap tiga bulan dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.-- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Produk Tamat Tempoh Dijual Di Pasar Raya Besar, Kedai Coklat Di Labuan "