• Produk Berasaskan Nipah Tambak, Terbaik Di Sarawak - Razaili

    Published: Monday, 25 December 2017
    A- A+

    TAMBAK: Produk pengeluaran berasaskan nipah di Kampung Tambak merupakan produk nipah terbaik di negeri Sarawak, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Beting Maro, Razaili Haji Ghapor.

    Menurut beliau, produk berasaskan nipah mempunyai potensi untuk dimajukan dan kini banyak permintaan di pasaran dan ianya mampu meningkatkan pendapatan penduduk Kampung Tambak.

    "Koperasi telah ditubuhkan untuk penduduk Kampung Tambak dan hasil produk hendaklah dijual kepada koperasi," katanya ketika ucapan perasmian Pesta Gulo Apong yang julung kali diadakan di sini, semalam.

    Tambahnya, kerajaan sedia membantu penduduk untuk meningkatkan pendapatan dan usahawan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan tentang peniagaan.

    "Pesta Gulo Apong akan dijadikan program tahunan di DUN Beting Maro," ujarnya.

    Tambahnya, sebuah kilang yang dikhususkan untuk memproses produk berasaskan nipah turut dibina di Kampung Tambak dan dijangka siap pada bulan Februari 2018.

    Pada majlis tersebut, beliau turut memberi sumbangan berjumlah RM20 ribu kepada dana Koperasi Kampung Tambak.  - Sarawakiana
  • No Comment to " Produk Berasaskan Nipah Tambak, Terbaik Di Sarawak - Razaili "