• Presiden Turki Ajak Pemimpin Islam Bersatu

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+


    ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini mempengerusikan sidang tergempar negara-negara pertubuhan Islam dunia bagi mencari penyatuan dalam kalangan pemimpin Islam untuk terus menolak pengiktirafan Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel.

    Recep Tayyip yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berharap kesemua pemimpin Islam bersatu dan bertegas untuk tidak mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung status Baitulmuqqadis.

    Pengumuman yang dibuat pada minggu lalu itu mencetuskan kemarahan di negara Islam di seluruh dunia, menyaksikan ribuan masyarakat mengadakan tunjuk perasaan mengutuk keputusan tersebut. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden Turki Ajak Pemimpin Islam Bersatu "