• Presiden Palestin Raih Sokongan Kaherah, Istanbul

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KAHERAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mempertingkatkan usaha mendapatkan sokongan negara Asia Barat bagi menentang tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

    "Mahmoud dijangka bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi, yang sebelum ini menjadi perantara penting rundingan damai dengan Israel dan di antara pihak bertelagah di Palestin.

    "Beliau kemudian akan ke Istanbul untuk memberi ucapan," kata jurucakap pejabatnya.

    Negara Arab mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berjanji untuk memberi tekanan kepada badan antarabangsa supaya mengambil tindakan.

    "Keputusan berani Palestin dan negara Arab diperlukan...ia amat penting," kata jurucakap Mahmoud, Nabil Abu Rdainah, kepada agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

    Beberapa kuasa dunia juga memberi amaran bahawa tindakan Amerika Syarikat akan menjejaskan usaha damai dalam konflik berdekad Israel dan Palestin. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden Palestin Raih Sokongan Kaherah, Istanbul "