• Presiden Cuba letak jawatan April ini

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    HAVANA: Presiden Cuba, Raul Castro, mengesahkan akan meletakkan jawatan pada April depan, selepas calon penggantinya dipilih majlis pentadbiran tertinggi negara itu.

    Keputusan Persidangan Kebangsaan itu bermakna Castro, 86, akan menamatkan perkhidmatannya lewat dua bulan dari tarikh asal yang ditetapkan.

    Mengikut keputusan awal, beliau sepatutnya meletak jawatan pada Februari, namun ditangguhkan berikutan taufan melanda negara itu, September lalu.

    Castro dilantik ke jawatan presiden pada 2008, selepas memegang jawatan selaku pemimpin interim selama dua tahun.

    Beliau mengambil alih jawatan itu daripada abangnya, Fidel Castro, yang meninggal dunia tahun lalu selepas memerintah negara itu sejak 1959. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden Cuba letak jawatan April ini "