• Polisi Liberal Dapat Kurangkan Kos Telekomunikasi & Media

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Jika kos pembinaan infrastruktur dan pengoperasian bagi telekomunikasi dan perkhidmatan multimedia berkelajuan tinggi, ia dapat disediakan dengan lebih meluas pada kadar yang lebih rendah serta lebih meluas.

    "Ia dapat dilakukan dengan meliberalkan polisi berkaitan penggunaan infrastruktur sedia ada dan akan dibina bagi membolehkan pembabitan lebih banyak penyedia perkhidmatan tersebut," kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo ketua menteri berkata, ia tidak akan membawa perubahan penggunaan digital sekiranya orang ramai tidak mampu menggunakannya.

    "Justeru, ini perlu dilakukan dengan (pendekatan) penyedia pelbagai," tambah beliau.

    Katanya, menara voltan berkuasa tinggi milik Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk kabel gentian optik sepatutnya dibuka kepada syarikat-syarikat telekomunikasi sebagai penyeleseaian bagi mengurangkan kos menyediakan internet berkelajuan tinggi di negeri ini.

    "Satu pembaziran sumber jika menara SEB tidak digunakan sepenuhnya bagi membawa kabel gentian optik untuk transmisi data tinggi yang penting bagi menyokong ekonomi digital," katanya.

    Tambah beliau, tanggungjawab menyatu dan mentadbir pelbagai penyedia perkhidmatan akan dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang akan dilancarkan kelak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Polisi Liberal Dapat Kurangkan Kos Telekomunikasi & Media "