• Polis Sarawak Tahan 44 Kaki Judi Dalam 25 Serbuan

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak berjaya menahan 44 kaki judi menerusi 25 serbuan yang dilakukan di seluruh negeri itu sepanjang minggu lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, daripada kesemua individu yang ditangkap, 34 merupakan lelaki,manakala selebihnya wanita.

    Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan termasuk lapan warga asing itu berusia antara 18 hingga 68 tahun.

    "Wang tunai sebanyak RM5,741 turut dirampas dalam serbuan melibatkan premis menjual loteri tanpa lesen, judi dalam talian dan aktiviti judi holo.

    "Serbuan yang dilakukan melibatkan daerah Miri, Sarikei, Kuching, Sibu, Padawan, Kota Samarahan, Bau, Limbang dan Kanowit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Tambah Dev, kesemua suspek sudah direman dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - K! ONLINE
  • No Comment to " Polis Sarawak Tahan 44 Kaki Judi Dalam 25 Serbuan "