• Polis Bintulu Tahan 2 Warga Asing Aktif Curi Motosikal

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    BINTULU – Polis menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri motosikal pada 12.30 tengah malam tadi.
    Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipili Suhaili berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 32 tahun itu ditangkap semasa rondaan dibuat di kawasan Kampung Jabai setelah pasukan rondaan terserempak dengan dua suspek sedang menunggang motosikal.

    “Kedua-dua suspek melarikan diri apabila ditahan polis dengan meninggalkan motosikal ditunggang,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

    Beliau berkata polis berjaya mengepung serta menangkap kedua-dua suspek berkenaan dan pemeriksaan badan ke atas suspek membawa kepada penemuan satu besi berbentuk T dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan diri,” katanya. – BERNAMA
  • No Comment to " Polis Bintulu Tahan 2 Warga Asing Aktif Curi Motosikal "