• Polis belum minta bantuan negara luar

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    PENCURI data peribadi 46.2 juta pelanggan telefon mudah alih negara ini dalam kejadian awal Oktober lalu, menggunakan tiga alamat Protokol Internet (IP) dari Belanda, Oman dan Hong Kong.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berikutan polis yang menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengalami kesukaran mengenal pasti asal-usul serta pemilik emel yang menawarkan penjualan data peribadi terbabit.

    “Buat masa ini, siasatan bersama SKMM ini mengalami kesukaran kerana pemilik tiga emel itu menggunakan alamat IP luar negara.

    "Jadi, siasatan kini lebih menjurus mencari siapa pemilik tiga emel berkenaan," katanya pada Majlis Penutup Kejohanan Tenis dan Silat Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

    Mohamad Fuzi berkata, pihaknya masih menggunakan kepakaran dalam negara dan belum bercadang meminta pertolongan pihak berkuasa di tiga negara terbabit.

    “Buat masa ini kita tidak memerlukan pertolongan daripada tiga negara berkenaan kerana kita mempunyai kaedah siasatan tersendiri,” katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Polis belum minta bantuan negara luar "