• Polis Australia sahkan lelaki rempuh pejalan kaki tiada kaitan pengganas

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+
    Foto AFP/Utusan
    SYDNEY 22 Dis. - Polis Australia hari ini mengesahkan bahawa, tiada bukti yang menunjukkan pemandu yang secara sengaja merempuh pejalan kaki di bandar Melbourne, semalam ada kaitan dengan pertubuhan pengganas.

    Bercakap kepada media, pemangku ketua polis, Pesuruhjaya Shane Patton berkata, polis sudah berbincang dengan pemandu berusia 32 tahun itu, namun belum menyoal siasatnya secara rasmi.

    Lelaki keturunan Afghanistan itu bercakap mengenai impian dan suara selain menceritakan beberapa aktivitinya dengan penganiayaan umat Islam.

    "Kami tidak dapat mengenalpasti sebarang kaitan pelampau dengan lelaki itu atau mungkin dia dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk pemandu itu pernah terlibat dalam aktiviti keganasan," kata Patton. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Australia sahkan lelaki rempuh pejalan kaki tiada kaitan pengganas "