• PM Puji Peranan Wanita Membangunkan Malaysia

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia atas sumbangan mereka kepada usaha mendorong pembangunan negara, dengan menyatakan bahawa pelbagai langkah disusun untuk memperkasakan mereka.

    Beliau menekankan bahawa tiada siapa yang perlu ketinggalan, terutamanya wanita, dalam usaha memajukan Malaysia dengan lebih bermakna.

    "Kita sememangnya mahu Malaysia maju sehingga mencipta kegemilangan dan kita berasa bersyukur dengan sokongan, dorongan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh wanita-wanita Malaysia," kata beliau ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Wanita Dalam Politik 2017 (WPIKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

    Persidangan itu diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 5 hingga 9 Disember ini.

    Najib yang juga Presiden Umno berkata sejak sekian lama, parti itu bergantung kepada sayap Wanitanya untuk mengekalkan hubungan di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " PM Puji Peranan Wanita Membangunkan Malaysia "