• PM Lakukan Tinjauan Mesra Di Kampung Bako

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan sehari di Sarawak, tengah hari ini mengadakan tinjauan mesra di Kampung Bako, kira-kira 25km dari pusat Bandaraya Kuching.

    Ketibaan Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut oleh penduduk Kampung Bako serta penyokong Barisan Nasional.

    Pada lawatan kira-kira dua jam di kampung itu, perdana menteri diberi taklimat tentang projek pembinaan Jambatan Sungai Bako berharga RM41 juta.

    Ini diikuti melakukan tinjauan mesra di Kampung Bako, solat zuhur di Masjid Kampung Bako dan makan tengah hari bersama-sama penduduk Kampung Bako.

    Pagi tadi, perdana menteri merasmikan majlis penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan Ke-24 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). – BERNAMA
  • No Comment to " PM Lakukan Tinjauan Mesra Di Kampung Bako "