• PM Jemput Rakyat Berkomunikasi Melalui NajibRazak.com

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peralihan kepada wajah baharu yang lebih menarik bagi laman web NajibRazak.com memudahkan rakyat mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat mengenai kerajaan BN dan segala pencapaiannya.

    Selain itu, perdana menteri berkata laman web itu membolehkan beliau dan rakyat terus kekal berhubung melalui platform atas talian.

    “Di ruangan Pencapaian, orang ramai boleh mengikuti sendiri pelbagai kejayaan yang dicapai bersama termasuk janji-janji kerajaan BN yang ditepati meliputi pelbagai bidang seperti perumahan, pengangkutan awam, kos sara hidup dan sebagainya.

    “Selain itu, terdapat juga ruangan ‘Rakyat Didahulukan’ yang mencerminkan perjalanan transformasi negara yang berjaya menambah baik kualiti hidup rakyat serta pengiktirafan antarabangsa yang diterima sejak 2009,” kata Najib, Khamis menerusi blognya.

    Tambah beliau pelbagai ruangan khusus disediakan untuk manfaat masyarakat untuk mengetahu hasil serta inisiatif kerajaan.

    “Insya-Allah, saya juga akan terus berkongsi pandangan saya dengan anda semua melalui penulisan blog dari masa ke masa.

    “Saya jemput anda semua untuk melihat sendiri wajah baru laman web saya dan saya berharap dengan ini kita akan terus kekal berhubung!” kata Najib.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " PM Jemput Rakyat Berkomunikasi Melalui NajibRazak.com "