• Planet Kelapan Ditemui, Amat Menyerupai Bumi

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    SELEPAS penemuan tujuh planet awal tahun ini, kini pakar astrologi membuat satu lagi penemuan mengejutkan iaitu planet kelapan.

    Ia ditemui jauh di luar sistem suria dan amat menyerupai planet kita.

    Lebih menakjubkan penemuan itu dilakukan oleh mesin dan bukannya manusia.

    Penemuan itu dilakukan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) bersama-sama Google pada Khamis.

    Data dan maklumat berkenaan dikumpul menerusi Kepler Space Telescope, milik NASA.

    Planet yang dikenali sebagai Sistem Kepler-90i adalah daripada sistem yang mempunyai lapan planet sama seperti sistem solar kita.

    Ia yang ditemukan sejauh 2,545 tahun cahaya dan mempunyai bilangan planet bersaiz bumi terbesar yang mengorbit satu bintang tunggal, dikenali sebagai Kepler-90. - Awani 

    Subjects:

  • No Comment to " Planet Kelapan Ditemui, Amat Menyerupai Bumi "