• PKS Di Sarawak Miliki Prospek Cerah, Berdaya Saing Ke Arah Industri 4.0

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sarawak mempunyai prospek yang cerah serta berdaya saing ke arah revolusi Industri 4.0.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, bilangan PKS di Sarawak mewakili 6.7 peratus daripada keseluruhan 907,065 PKS di Malaysia dengan kira-kira 61,000 perniagaan di Sarawak adalah PKS.

    “Sumbangan yang dibuat oleh PKS di Malaysia amnya dan Sarawak adalah amat penting kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan meningkatkan standard hidup rakyat Malaysia.

    “Justeru saya yakin, PKS di Sarawak mempunyai prospek cerah serta berdaya saing ke arah Industri 4.0,” katanya.

    Menurutnya lagi, tidak mudah untuk PKS mengadaptasi perubahan Industri 4.0 terutama jika anda rasa takut dan bimbang mengenai di mana untuk bermula untuk menuju industri tersebut.

    “Industri 4.0 adalah revolusi digital. Bagaimanapun, perjalanan bagi mengadaptasi industri ini adalah analog.

    “PKS perlu tanya sama ada proses pendigitalan akan menjejaskan perniagaan mereka dan mereka perlu berupaya melihat nilai pelaksanaan Industri 4.0 daripada tiga aspek berbeza,” ujarnya.

    Katanya, tiga aspek berbeza yang dimaksudkan ialah produktiviti untuk mengurangkan kos keseluruhan dan memperbaiki tahap produktiviti, kualiti untuk mengurangkan kesilapan manusia dan fleksibiliti untuk menyediakan fleksibiliti dan memendekkan masa ke pasaran. – Sarawakiana

  • No Comment to " PKS Di Sarawak Miliki Prospek Cerah, Berdaya Saing Ke Arah Industri 4.0 "