• PKR Sedia Hadapi BN Di Puncak Borneo

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Willie Mongin memaklumkan sudah bersedia untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, PKR telah meletakkan Pengerusi Cawangan PKR Puncak Borneo itu sebagai calon yang dikatakan aktif di lapangan untuk meraih pengundi muda terutamanya.

    "Secara peribadi saya telah bersama dengan penduduk selama setahun dengan menghadiri program-program sosial untuk mengekalkan hubungan saya dengan pengundi.

    "Setakat ini hanya saya calon parti untuk Puncak Borneo dan sekiranya ada perubahan saya tetap okay," katanya.

    Menurutnya, nama beliau sudah tidak asing di kalangan penduduk menyebabkan beliau yakin mampu memenangi kerusi berkenaan memandangkan BN akan meletakkan calon baharu bagi menggantikan penyandangnya Datuk Seri Dr James Dawos Mamit (BN).

    "Walaupun BN mempunyai meletakkan calon baharu di Puncak Borneo, kekuatan mereka tidak boleh dipandang rendah.

    "BN telah mengukuhkan kedudukannya di Puncak Borneo dan saya pasti gabungan itu cukup bijak, mempunyai cara sendiri dan strategi untuk memilih calon yang sesuai untuk mempertahankan kerusi itu," ujarnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PKR Sedia Hadapi BN Di Puncak Borneo "