• Pesakit mental mati tembak diri sendiri

    Published: Saturday, 30 December 2017
    A- A+


    PADANG TERAP - Seorang lelaki pesakit mental, Mohamad Aidilfitri Romly, 25, terbunuh dipercayai menembak diri sendiri dengan senapang patah di rumahnya di Kampung Poh Mu, Padang Sanai dekat sini hari ini.

    Dalam kejadian pada pukul 11 pagi, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh bapanya, Romly Ariffin, 56, di dalam sebuah bilik tidur.

    Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Noh Idris berkata, sebelum kejadian, bapa mangsa sedang berehat di kawasan kebun berhampiran rumahnya.

    Bagaimanapun, katanya, Romly terkejut apabila secara tiba-tiba terdengar bunyi tembakan senapang patah dari dalam rumahnya.

    Menurutnya, dia kemudian masuk ke dalam rumah dan menemui mangsa berlumuran darah dipercayai menembak diri sendiri di dada dengan senapang patah miliknya.

    "Siasatan mendapati mangsa mengalami gangguan mental (halusinasi).

    "Ketika kejadian hanya mangsa seorang diri berada di dalam rumah," katanya.

    Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pesakit mental mati tembak diri sendiri "