• Pertumbuhan Pembangunan Ekonomi Sarawak Sudah Capai 4%

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    KUCHING : Pada masa kini, pertumbuhan pembangunan ekonomi Sarawak secara purata sudah mencapai empat peratus kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Abang Johari berkata, apabila meningkatnya perbelanjaan awam untuk pembangunan infrastruktur termasuk jalan raya, jambatan dan LRT (Transit Aliran Ringan) juga sektor perkhidmatan, ianya akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi kepada 6 peratus.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, beliau yakin Sarawak akan mencapai 6 peratus pertumbuhan ekonomi menjelang 2030 nanti.

    “Apabila pembangunan insfrastruktur yang memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 tahun itu siap, sudah pasti ia akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini,”ujarnya.

    Tambahnya lagi, beliau optimis Sarawak mampu mencapai status negeri maju menjelang 2030 kelak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pertumbuhan Pembangunan Ekonomi Sarawak Sudah Capai 4% "