• Pertumbuhan eksport bulan Oktober Malaysia berada pada 18.9% tahun demi tahun

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    The Malay Mail Online, 6 Disember 2017

    KUALA LUMPUR, 6 Disember - Eksport bulan Oktober Malaysia meningkat 18.9% berbanding tahun sebelumnya, mencatatkan pertumbuhan yang lebih cepat selepas dua bulan pertumbuhan tahunan yang perlahan berikutan permintaan yang lebih tinggi bagi barangan pembuatan dan perlombongan.

    Pertumbuhan eksport melebihi ramalan kenaikan 18.5% oleh tinjauan Reuters, dan naik dari pertumbuhan 14.8% pada September.

    Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dua angka dalam eksport untuk kebanyakan tahun 2017 setakat ini, mencapai sehingga 32.5% pada bulan Mei.

    Penghantaran barang-barang perkilangan, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada jumlah eksport Malaysia, naik 19.5% berbanding tahun sebelumnya pada bulan Oktober, data daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menunjukkan.

    Kebanyakan barang-barang perkilangan adalah barangan elektrik dan elektronik. Penghantaran barangan perlombongan naik 27.3% dari tahun sebelumnya, data itu menunjukkan.

    Import pada Oktober meningkat 20.9% berbanding tahun sebelumnya, berbanding pertumbuhan 15.2% yang dicatatkan pada bulan September.

    Lebihan dagangan bulan Oktober meningkat kepada RM10.6 bilion (AS$2.61 bilion), meningkat daripada RM8.6 bilion pada bulan September.

    Malaysia melaporkan data perdagangan dalam ringgit. Mata wang itu merupakan salah satu mata wang dengan prestsi terbaik di Asia, mengukuh hampir 10% setakat ini tahun ini.

    Eksport ke China kekal teguh, meningkat 20.5% berbanding tahun sebelumnya, disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi untuk produk komoditi termasuk gas asli cecair, petroleum dan produk getah.

    Penghantaran ke Amerika Syarikat meningkat 13.8%, manakala eksport ke Kesatuan Eropah naik 9.3%. - Reuters

    Link asal artikel:
    http://www.themalaymailonline.com/money/article/malaysias-october-export-growth-at-18.9pc-y-y-above-forecast#GDzFBVBwhQjHVXCt.97

    Subjects:

  • No Comment to " Pertumbuhan eksport bulan Oktober Malaysia berada pada 18.9% tahun demi tahun "