• Pertubuhan Ekonomi Sarawak Berjaya Dikekalkan Pada 4%

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Pertubuhan ekonomi Sarawak berjaya dikekalkan pada purata empat peratus setahun walaupun dalam kelembapan ekonomi global.

    Ekonomi Sarawak berjaya dikekalkan adalah disebabkan pemimpin berwawasan kerajaan negeri yang telah mengambil langkah-langkah berani untuk memastikan pertumbuhan berterusan dalam ekonomi negeri kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menrutnya, pelbagai inisiatif pembangunan untuk mengubah ekonomi negeri dan peningkatan berterusan serta transformasi dalam penyampaian perkhidmatan.

    “Ianya termasuk penciptaan iklim pelaburan yang menarik telah meningkatkan keyakinan para pelabur ke negeri ini.

    “Ini telah menyebabkan peningkatan Pelaburan Langsung Asing serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

    Justeru katanya, projek-projek di bawah Program Transformasi Sosioekonomi Sarawak yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) juga terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak.

    Jelasnya, ia merangkumi projek-projek infrastruktur dan sosial termasuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Bidang Keberhasilan Utama.

    “Kita kini separuh jalan melalui RMK11. Daripada 1,284 projek daripada kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan, 70 peratus atau 905 sudah berada dalam pelbagai peringkat penyiapan dan pelaksanaan manakala yang sedang dijalankan dijangka siap seperti yang dijadualkan.

    “Imbangan ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia,” katanya.

    Morshidi juga memberitahu, sejumlah 2,987 projek telah siap sehingga kini bagi RTP yang bermula pada 2015.

    Katanya, pelaksanaan projek-projek tersebut melibatkan 38 agensi di seluruh negeri.

    “Projek-projek ‘centric’ rakyat ini benar-benar telah mengubah landskap dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Pertubuhan Ekonomi Sarawak Berjaya Dikekalkan Pada 4% "