• Pertingkat Hasil Pertanian Menerusi Teknologi Moden

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+
    KUCHING: Pertanian merupakan sektor yang mampu berkembang selagi teknologi moden giat dipraktikkan di kalangan pengusaha-pengusaha pertanian sama ada berskala besar mahupun kecil.

    Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dasar kerajaan negeri hari ini mentransformasi sektor pertanian supaya pengusaha di sektor tersebut terutama masyarakat luar bandar mampu menjana pendapatan tinggi menjelang 2030.

    "Untuk mencapai negeri pendapatan tinggi pada 2030, kerajaan mengguna berbagai inisiatif dan ekonomi digital begitu signifikan agar jurang ekonomi masyarakat luar bandar dan bandar dapat dirapatkan.

    "Dengan mengguna teknologi moden, petani dapat meningkatkan pengeluaran lebih berkali ganda daripada cara konvensional," katanya ketika berucap pada Hari Penjawat Awam 2017 di BCCK pagi tadi.

    Jelasnya, di samping itu, petani dapat menjual hasil pertanian dengan mengguna teknologi moden menerusi e - dagang dan mampu meningkatkan lagi pendapatan.

    "Melalui teknologi juga kerajaan mengetahui kawasan pertanian dan mendapat data jumlah keluasan yang telah diusahakan.

    "Oleh itu kerajaan mahukan teknologi diserap dalam sektor berkenaan dan menjadikan Sarawak sebagai pengeluar makanan domistik terbesar mahupun luar negara pada masa hadapan," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pertingkat Hasil Pertanian Menerusi Teknologi Moden "