• Perodua Myvi Terima Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mencapai kejayaan tersendiri apabila semua model terbaharu kereta kompak Myvi keluarannya menerima penarafan lima bintang dalam sistem penarafan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, kejayaan itu selaras dengan kehendak kerajaan untuk memastikan setiap kenderaan dalam negara mempunyai kualiti dan tahap keselamatan yang tinggi menjelang 2018.

    “Kejayaan ini adalah hasil kerjasama Perodua dengan ASEAN NCAP serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi memastikan keselamatan setiap pemandu terjamin ketika berada di atas jalan raya.

    “Perodua Myvi mempunyai empat sistem beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar (SBR) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis ASEAN NCAP New Roadmap, di sini, hari ini.

    Yang turut hadir ialah Pengerui Miros, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Perodua Myvi Terima Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP "