• Perjumpaan Tertutup BN-CPC Bukan Perkara Baharu

    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sesi dialog Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC) pada 7 Disember ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bukan perkara baharu, malah dilaksanakan setiap tahun.

    Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata CPC adalah antara parti politik dalam kalangan 16 parti dari 20 negara luar yang dijemput menghadiri majlis perasmian dan ucapan dasar Presiden pada PAU baru-baru ini.

    Katanya, pertemuan itu diadakan untuk membolehkan kedua-dua parti bertukar-tukar pandangan.

    "Selain daripada dialog antara BN dan CPC, kita adakan pertemuan dengan parti lain ketika PAU2017 berlangsung.

    "Perkara ini diamalkan setiap tahun ketika PAU," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

    Katanya, antara perkara disentuh dalam pertemuan itu ialah pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Transformasi Nasional 2050 (TN50), Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) dan keunikan BN sebagai parti politik berbilang bangsa yang berjaya membangunkan Malaysia.

    Bagaimanapun, katanya, soal ideologi parti tidak dibincangkan kerana kedua-dua pihak menghormati asas pembentukan parti masing-masing.

    "BN diwakili Setiausaha Kerja BN, Datuk Seri Abu Khamis bersama parti komponen BN lain, manakala delegasi CPC diketuai oleh Ketua Biro Terjemahan CPC, Prof Dr Jia Gaojian. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Perjumpaan Tertutup BN-CPC Bukan Perkara Baharu "