• Perjuangan MA63 Dan S4S Adalah Dua Perkara Berbeza

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru rakyat agar tidak keliru dengan perjuangan kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan pergerakan aktivis Sarawak for Sarawakian (S4S) dalam menuntut hak kerajaan negeri.

    Memetik laporan DayakDaily, Tengah berkata perjuangan aktivis S4S sama sekali berbeza dengan kerajaan negeri yang memperjuangkan hak-hak negeri Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian MA63.

    "Ia adalah dua perkara yang berbeza dan rakyat jangan mudah terkeliru dengan perkara ini,"

    Tengah turut menegaskan misi utama S4S adalah untuk membebaskan Sarawak daripada Malaysia sementara kerajaan negeri menerusi MA63 hanya mahu hak-hak negeri dikembalikan mengikut perlembangan yang ditetapkan.

    "Kerajaan negeri akan terus menuntut apa sahaja hak Sarawak yang telah terhakis selama ini secara sengaja atau tidak menerusi MA63 mengikut perlembagaan yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang meneruskan perjuangan mantan Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem,"

    Tambahnya lagi, Abang Johari amat komited mengenai perkata ini sehingga menghantar pasukan khas ke London bagi mendapatkan semua fakta dan dokumen yang sah.

    Malah katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengatakan bahawa jika sesuatu telah diambil secara tidak sengaja, maka ia mesti dikembalikan. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Perjuangan MA63 Dan S4S Adalah Dua Perkara Berbeza "