• ‘Perisik Rusia’ Ditahan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    SEORANG jurubahasa untuk Perdana Menteri Ukraine ditahan kerana disyaki menjadi perisik Rusia.

    Stanislav Yezhov dilaporkan bergambar bersama Theresa May di Downing Street pada Julai lalu.

    Perkhidmatan Keselamatan Ukhraine berkata mereka menahan Yezhov yang bertindak demi kepentingan 'penceroboh' selepas direkrut agensi perisikan Rusia.

    Yezhov dikatakan menemani Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman dalam satu lawatan dan turut dirakam bergambar bersama May.

    Ditanya mengenai penahanan tersebut semasa sidang media di Poland, May berkata dia mengetahui tangkapan itu ada kaitan dengan warga Ukraine yang datang ke Downing Street pada awal musim panas lalu.

    "Tindakan itu diambil atas urusan pihak berkuasa Ukraine," katanya.

    Pembantu kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko berkata Yezhov direkrut ketika bekerja di kedutaan Ukraine di Washington dan bertindak dalam kepentingan Rusia selama dua tahun. - Metro.co.uk/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Perisik Rusia’ Ditahan "