• Perdana Menteri Tidak Kongkong SPRM

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menegaskan beliau tidak pernah diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil atau tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

    Kata beliau, sebaliknya Perdana Menteri membiarkan SPRM berfungsi secara bebas tanpa kongkongan dan berharap rakyat tidak mudah mempolitikkan sebarang tindakan yang diambil oleh SPRM.

    “Terlalu banyak isu-isu negara semuanya dipolitikkan. Tidak pernah sama sekali Perdana Menteri memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan terhadap sesiapa.

    “Beliau beri kebebasan sepenuhnya kepada SPRM. Inilah realitinya,” katanya ketika menjadi ahli panel sesi bertajuk Sesi Rasional Memerangi Rasuah pada Sidang Kemuncak Pemerkasaan Generasi Baharu yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini hari ini.

    Dzulkifli pada masa sama berkata, beliau optimis kedudukan Malaysia pada kedudukan ke-55 mengikut Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International mampu ditambah baik berdasarkan pelbagai inisiatif yang dilancarkan oleh SPRM dalam tempoh setahun yang lalu.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Perdana Menteri Tidak Kongkong SPRM "