• Perayaan Masa Terbaik Kukuh Perpaduan

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    SIBU: Rakyat Sarawak perlu menghayati nilai murni dalam usaha mengukuh perpaduan masyarakat, bangsa dan agama, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan Dato Sri Wong Soon Koh.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, sikap saling menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain adalah kerangka penting dalam menyatupadukan semua rakyat negeri ini.

    “Perpaduan tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, tolak ansur dan kepercayaan rakyat yang berbilang kaum.

    “Ia menjadi tanggungjawab tanpa mengira kaum dan agama untuk terus memupuk rasa hormat pelbagai agama yang merupakan kunci kepada keamanan dan keharmonian kepada sesebuah negara,” katanya.

    Menurut Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Kedua itu juga, perayaan tahunan seperti Hari Raya, Krismas, Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai merupakan peluang baik bagi semua kaum menyemai keharmonian, muhibah, keamanan dan perpaduan.

    “Perpaduan merupakan satu hadiah tidak ternilai dan merupakan asas untuk membina hubungan, keluarga, masyarakat dan Negara,” tambahnya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Perayaan Masa Terbaik Kukuh Perpaduan "