• Penyukatan Tanah NCR DBNA Diperakui Sah

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    Penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dijalankan Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) wajar mengikut perakuan kerajaan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah berkata, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bersetuju untuk bekerjasama dengan DBNA bermula sekarang.

    “Sebelum memulakan pelaksanaan penyukatan tersebut, pihak (JTS) sedang melaksanakan kerja-kerja penyukatan di dua kawasan yang telahpun disukat melalui inisiatif yang digunapakai DBNA dan ia akan dijadikan sebagai contoh bagi kawasan lain kelak.

    “Saya akan bertemu dengan Dato Sri Micheal Manyin dan berunding mengenai penetapan tanah yang perlu disukat, katanya.

    Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Menteri Pembangunan Wilayah berkata, inisiatif penyukatan tanah oleh DBNA akan dijadikan contoh kerana hasil penyukatan oleh DBNA telah diteliti sebelum ia diserahkan kepada JTS.

    Oleh yang demikian, inisiatif yang digunapakai DBNA ini telah membantu JTS mempercepatkan proses penyukatan tanah NCR.

    Sehubungan itu, Uggah memberitahu bahawa model penyukatan tanah oleh DBNA itu kelak akan dijadikan panduan kepada orang ramai supaya mereka boleh melaksanakannya menggunakan cara sama.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penyukatan Tanah NCR DBNA Diperakui Sah "