• Penyatuan SUPP-UPP Beri Kelebihan Kepada Dayak

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+
    Konflik antara SUPP dan UPP kemungkinan besar dapat diselesai memandangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diyakini mempunyai formula terbaik untuk menyelesai isu tersebut.

    Namun tanggapan Pengerusi PBDSB Cobbold John yang mendakwa kedudukan Dayak akan terjejas apabila penyatuan tersebut berlaku.

    Tanggapan tersebut hanya dilihat sebagai pendapat yang hanya melihat dari sudut negatif tanpa memikir keseluruhan impak yang menjurus kepada kebaikan.

    Abang Johari pernah menyatakan PBB pernah mengalami konflik serupa serta berlakunya perpecahan dalam parti. Turut terbabit ialah kedudukan Dayak dari sayap pesaka yang terjejas akibat krisis PBB dan Permas.

    Bila kedua parti berkenaan bersatu semula, ternyata PBB semakin kuat dan kukuh serta kedudukan Dayak semakin baik dalam parti.

    Inilah contoh terbaik penyatuan yang langsung tidak menjejas kedudukan Dayak. Malah Dayak lebih berperanan dalam parti dan menjadi tunjang kekuatan PBB pada hari ini.

    Tidak mustahil apabila penyatuan SUPP dan UPP berlaku, kedudukan Dayak akan menjadi lebih baik khususnya di kawasan Parlimen Sibu dan Lanang.

    Memang tidak dinafikan Dayak berperanan besar sebagai peraih undi dari Dayak, tetapi ia bukan bermakna kaum Dayak telah dipolitikkan.

    Apa yang lebih utama ialah suara Dayak yang begitu memerlukan pembelaan serta mengukuhkan lagi kedudukan Dayak tanpa perlu berpecah belah.

    Perkara sedemikian perlu dilihat oleh Cobbold dan bukan hanya melihat kedudukan Dayak musnah.

    Dengan penyatuan tersebut, sudah pasti kedudukan Dayak semakin bertambah baik kerana parti tidak akan meminggir suara Dayak yang selama ini merupakan asas kekuatan kedua parti tersebut. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Penyatuan SUPP-UPP Beri Kelebihan Kepada Dayak "