• Penyandang Parlimen Baram Berkemungkinan Dikekalkan

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    Anyi Ngau, Penyandang Kerusi Parlimen Baram yang diwakili oleh Parti Progresif Demokratik (PDP) berkemungkinan dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai disiplin dan saling menghormati parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

    "Kita (PBB) mempunyai disiplin dan saling menghormati, bahkawan awal-awal lagi kita tidak mencampuri urusan pemilihan calon parti komponen lain ketika pilihan raya," katanya dipetik Utusan Borneo.

    Tambahnya, selalu parti komponen (BN) yang bersatu hati, pihaknya tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon, menghormati keputusan parti komponen serta menyokong calon yang akan dipilih. 

    "Semua parti komponen akan saling membantu untuk memastikan kemenangan calon yang akan bertanding nanti," tegasnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Penyandang Parlimen Baram Berkemungkinan Dikekalkan "