• Pensijilan Syarat Pelantikan Penasihat, Kakitangan Syariah

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan menjadikan pensijilan sebagai prasyarat pelantikan dan pelantikan semula jawatankuasa Syariah.

    Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata prasyarat itu akan terpakai kepada kakitangan utama Syariah dalam institusi kewangan Islam.

    Beliau berkata, ia bertujuan memastikan penasihat dan kakitangan Syariah dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan dan memantapkan lagi kapasiti bakat.

    "Tempoh bagi pematuhan akan ditentukan kemudian," katanya pada majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-20 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, di sini, hari ini.

    Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu.

    Muhammad berkata, bermula Januari 2018, laman web Bank Negara akan memaparkan versi laman mikro Majlis Penasihat Syariah yang dipertingkatkan.

    Beliau berkata, versi dipertingkatkan itu bermula dengan versi Bahasa Malaysia bagi menyediakan pendedahan lanjut kerja majlis berkenaan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Pensijilan Syarat Pelantikan Penasihat, Kakitangan Syariah "