• Penduduk Terjejas Tanah Runtuh Terima Bantuan

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    BETONG: Penduduk rumah panjang Dau Temedak yang terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku di jalan utama akibat hujan lebat menerima bantuan ketika menerima lawatan daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Menurut beliau, pujian harus diberikan kepada tindakan pantas anggota barisan hadapan yang menyegerakan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu mangsa terjejas.

    "Kita berterima kasih kepada pihak pengurusan bencana negeri, bahagian dan daerah yang bertindak pantas dalam mendapatkan maklumat dan menyegerakan bantuan," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Tambahnya, bantuan makanan turut disumbangkan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Betong, yang menrupakan badan bertindak bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas.

    "Tidak lupa juga, pihak kita amat menghargai tindakan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Pakit dan JKM Betong yang telah berkerjasama menghantar bantuan makanan ke rumah panjang ini," katanya.

    Bantuan berupa keperluan makanan telah disalurkan kepada 112 orang penghuni daripada 22 pintu rumah panjang berkenaan setelah jalan utama runtuh dan putus akibat hujan lebat yang berlaku beberapa hari lepas. - Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Terjejas Tanah Runtuh Terima Bantuan "