• Penduduk Temiang Bakal Nikmati Jambatan Baharu

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    SRI AMAN: Penduduk Kampung Temiang, Batu Lintang Undop, bakal menikmati sebuah jambatan baharu yang dihubungkan ke Sungai Undop tidak lama lagi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis berkata, jambatan tersebut menelan kos sebanyak RM750, 000 dan akan memberi manfaat kepada penduduk di beberapa rumah panjang di Kpg Temiang dan rumah-rumah panjang sekitar Batu Lintang.

    Menurutnya, projek pembinaan jambatan berkenaan sedang giat dijalankan dan dijangka siap tidak lama lagi.

    “Projek pembinaan jambatan tersebut dibawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), katanya.

    Harden yang juga ADUN Simanggang turut melahirkan rasa gembira kerana ia akan memberi manfaat di kawasan Batu Lintang amnya.

    “Setelah siap jambatan itu kelak, saya percaya setiap penduduk kampung yang mempunyai tanah di seberang Sungai Undop boleh memanfaatkan tanah mereka dengan pelbagai projek pertanian seterusnya akan memaju ekonomi kawasan tersebut,” ujarnya-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Temiang Bakal Nikmati Jambatan Baharu "