• Penduduk Israel Tunjuk Perasaan

    Published: Sunday, 3 December 2017
    A- A+

    BAITULMAQDIS – Hampir 20,000 penduduk Israel melancarkan demonstrasi terhadap amalan rasuah dalam kerajaan dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang disiasat berikutan dakwaan jenayah penyalahgunaan kuasa di Tel Aviv, hari ini.

    Ia demonstrasi anti rasuah mingguan terbesar terhadap Netanyahu, pemimpin Israel sejak empat penggal lalu yang didakwa terbabit dalam dua kes penyalahgunaan kuasa.

    Dalam kes pertama Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada ahli perniagaan yang kaya.

    Kes kedua membabitkan rundingan perjanjian dengan seorang pemilik syarikat akhbar bagi mendapatkan liputan lebih baik sebagai balasan untuk menyekat liputan oleh syarikat akhbar lain.

    Namun, Netanyahu beliau menafikan sebarang salah laku membabitkan kedua-dua dakwaan.

    Protes hari ini turut dicetuskan oleh draf undang-undang yang dijangka disahkan oleh Parlimen minggu depan, yang akan menghalang polis daripada menerbitkan hasil siasatan membabitkan dua kes Netanyahu. – Reuters/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Penduduk Israel Tunjuk Perasaan "