• Penduduk Gempar, Buaya Masuk Kampung

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat menangkap anak buaya sepanjang dua meter di bawah jambatan di Kampung Perpaduan Ria, Kudat, malam semalam.

    Kemunculan buaya itu disedari oleh penduduk kampung pada 8.20 malam yang kemudian memaklumkannya kepada APM.

    Pegawai APM Unit Kudat, Norman Bigol berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan daripada penduduk itu, lima anggota APM ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

    "Sebaik tiba di lokasi, kita dapati ada buaya di bawah jambatan di satu lokasi di kampung berkenaan.

    "Kita terus melakukan operasi menangkap buaya itu dengan menggunakan penjerut dan guni.

    "Anggota APM mengambil masa hampir sejam untuk menangkap buaya itu kerana haiwan itu agresif," katanya ketika dihubungi.

    Menurutnya, pemeriksaan mendapati haiwan itu seberat 40 kilogram.

    "Anak buaya itu akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Penduduk Gempar, Buaya Masuk Kampung "