• Penduduk Bekenu Nikmati Jambatan Bernilai RM26 juta Awal 2018

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    MIRI: Impian penduduk sekitar Bekenu akan menjadi realiti apabila jambatan perhubungan merentasi Sungai Sibuti dijangka siap awal tahun hadapan.

    Jambatan Bekenu sepanjang sepanjang 70 meter dengan lebar 11.43 meter bernilai RM26juta itu, bakal menjadi nadi utama penghubung kepada penduduk untuk kebandar Miri.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, setelah jambatan itu siap kelak, ia bakal akan melonjakkan lagi aktiviti ekonomi Sibuti, sekaligus menganjak pembangunan penempatan di pinggir bandar raya Miri itu.

    Beliau dipetik sebagai berkata proses pembinaan jambatan tersebut kini hamper siap 90 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya awal tahun hadapan selepas kerja-kerja memperhalusi jalan tar serta landskap bagi mengindahkan jambatan tersebut.

    “Setelah siap jambatan itu nanti, ia pasti akan melonjakkan lagi ekonomi di Sibuti dengan memudahkan petani atau nelayan memasarkan produk mereka.

    “Ketika ini penduduk telah mula menggunakan jambatan ini untuk ke pekan Bekenu dan ia secara langsung memudahkan pergerakan penduduk,”katanya.

    Pelancaran projek pembinaan jambatan itu telah dirasmikan pada 2015 oleh Ketua Menteri ketika itu Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk Bekenu Nikmati Jambatan Bernilai RM26 juta Awal 2018 "