• Penderaan Seksual: Australia Dedah Laporan Akhir Selepas Lima Tahun Siasatan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    Lima tahun menjalankan siasatan berhubung penderaan seksual kanak-kanak, Australia mengeluarkan laporan akhirnya pada Jumaat.

    Laporan itu meyaksikan lebih daripada 400 cadangan dikemukakan.

    Suruhanjaya Diraja membongkar bukti penyalahgunaan seksual dalam institusi, termasuk gereja, sekolah dan kelab sukan.

    Sejak 2013, ia merujuk lebih daripada 2,500 tuduhan kepada pihak berkuasa.

    Laporan akhir yang dikeluarkan pada hari Jumaat, menambah 189 saranan kepada 220 yang telah diumumkan kepada umum.

    "Puluhan ribu kanak-kanak telah didera secara seksual di banyak institusi di Australia, kami tidak dapat pastikan jumlah sebenar yang dilakukan,

    "Ia bukan satu kes lapuk . Institusi utama, iaitu masyarakat gagal tangani perkar aitu secara serius, “ kata laporan itu.

    Tambahnya, para menteri, dan guru sekolah adalah pelaku yang paling sering dilaporkan.

    Pednderaan seksual kanak-kanak paling tinggi dilaporkan berlaku di Institusi Gereja.

    Surunjaya itu sebelum ini mencadangkan paderi harus menghadapi pertuduhan jenayah jika mereka gagal melaporkan kes penderaan yang didedahkan semasa pengakuan direkodkan.

    Antara cadangan lain termasuk :

    • Strategi yang dilaksanakan secara nasional untuk mencegah penyalahgunaan seks kanak-kanak

    • Sistem latihan pencegahan untuk kanak-kanak di sekolah dan pusat pendidikan awal kanak-kanak

    • Pejabat nasional untuk keselamatan kanak-kanak, yang diawasi menteri

    • Mewajikan golongan seperti menteri, pekerja di pusat pendidikan awal kanak-kanak dan ahli psikologi berdaftar, melaporkan kes penyalahgunaan.

    Suruhanjaya itu mengadakan lebih 8,000 sesi tertutup dengan mangsa dan mengumpulkan sekurang-kurangnya 1,300 akuan bertulis.

    Selepas menceritakan pengalaman, mereka diminta untuk meneruskan proses seterusnya.

    Pengalaman itu dikongsi dalam sebuah buku - "Message to Australia" yang disifatkan ‘berat’ untuk dibicarakan oleh seorang peguam di negara itu. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Penderaan Seksual: Australia Dedah Laporan Akhir Selepas Lima Tahun Siasatan "