• Pendakwa Harap Perogol Dihukum Mati

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Pendakwa berharap lelaki yang didapati bersalah hari ini, kerana merogol dan menikam 30 kali undang-undang hingga mati di Kerala, tahun lalu, akan dijatuhkan hukuman mati.

    Hari ini, mahkamah Sesyen Ernakulam, memutuskan Muhammed Ameerul Islam bersalah terhadap tuduhan rogol dan membunuh Jisha, 30.

    Mayat mangsa yang hampir tidak dapat dikenal pasti, ditemui berlumuran darah dalam rumahnya di Perumbavoor pada 28 April 2016 dengan hampir 30 kesan tikaman.

    Mahkamah akan menjatuhkan hukuman terhadap Muhammed Ameerul dari Assam, esok.

    Pendakwa memohon hukuman mati kerana jenayah dilakukan Ameerul itu ‘lain daripada yang lain’, syarat diperlukan untuk hukuman mati di India.

    Mangsa dari kasta Dalit yang terendah India, pelajar jurusan undang-undang tinggal dengan ibunya. Ketika kejadian, mangsa berseorangan di rumah.

    Polis mengambil hampir dua bulan untuk mengenal pasti suspek yang mencetuskan kritikan aktivis hak asasi wanita yang menuduh penyiasat meremehkan kes itu.

    Menurut pendakwa, kejadian itu berlaku tanpa provokasi tetapi beberapa laporan media mengatakan suspek berdendam akibat pertengkaran dengan keluarga mangsa.

    Jenayah rogol dan pembunuhan Jisha itu mencetuskan kemarahan rakyat India serta dibandingkan dengan kejadian rogol beramai-ramai yang membawa kematian pelajar perubatan berusia 23 dalam bas di New Delhi pada 2012.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Pendakwa Harap Perogol Dihukum Mati "